Thursday, 30 May 2013

Geng Backpack : Trip Kudat - Kundasang - Kota Kinabalu.

Assalamualaikum w.b.t..

Simptom idea mencurah-curah menyerang pada ketika saya sedang menaip. Bukan idea apa,cuma ada cerita  @ kenangan yang mahu dikongsi bersama (even nobody will read it). Ngehehe..hari ni merupakan public holiday  buat warga Sabah & Sarawak sempena Pesta Ka'amatan dan Pesta Gawai pada 30 & 31 Mei setiap tahun. So,maksudnya takdak kerja laaa ~ yeahh ~. Yeaaahhh untuk beberapa jam aja laa sebab akhirnya saya sendiri keboringan duduk memerap di rumah asyik dengan laptop segala. T_T

But then tiba-tiba ternampak gambar-gambar awal tahun ni yang menjadi slides lappy saya. Tersenyum. Idea sudah mariii ~ Sungguh saya amat rindukan trip  bersama sahabat-sahabat kesayangan pada hujung tahun yang lalu. Sebenarnya cadangan untuk pergi ke Kundasang sudah lama kami para Geng Backpack merancangnya namun atas sebab-sebab tertentu ianya selalu tertunda. Alhamdulillah dengan izin Allah kami (walaupun tidak semua sahabat ada bersama) berpeluang untuk bercuti di Kundasang.

Planning untuk trip sudah dibuat sebulan sebelum kami bertolak. Sahabat kesayangan,Sari,menjadi tukang buat kertas kerja merangkap bendahari rasmi untuk trip kali ini. Ha ha ha ~ sorry sayang~ Sejujurnya banyak halangan yang datang sebelum kami bertolak,sampai ada masanya kami hampir-hampir membatalkan trip ini. Tapi tiba hari yang ditentukan alhamdulillah semuanya berjalan lancar mengikut perancangan.


  • 29 Disember 2012

Lebih kurang 11 pagi kami bertolak dari Kudat ke Kota Belud setelah usai membeli barang keperluan dan "memunggah" beg-beg Cik Sari. Serius banyak beg yang dia bawa sampai bonet kereta sahabat adam kami,Faeezan,penuh padat tanpa ruang. (kau bawa rumah sekali ya Sari?) Together-gether dengan sahabat lain,Dilda dan tunangnya,Sulaiman,kami tiba di checkpoint pertama (Kota Belud) untuk makan tengahari,solat dan menunggu sahabat yang lain (Dika serta tunangnya Sue) tiba dari Kota Kinabalu. Dalam perancangan memang mau ikut jalan dari Kota Belud untuk ke Kundasang. Beberapa jam kemudian kami meneruskan perjalanan,khuatir tiba di sana lewat petang. Thanks to Faeezan dan Dika,korang memang expert gila memandu kannn~tapi disebabkan banyak sungguh pit stop dek mau ambil gambar,lewat sampai juga jawabnya.

  • On The Way


Turun kereta terus serbu ~~

Dika,pose kau paling manang


Kalah Sulaiman ngan Faeezan..Dika jugak paling mantop ~

Macam tipu? Tidak sama sekali. It's real. :D

Sahabatku Sari dan Dilda <3

You can even feel the clouds..err fogs?

Memang memukau tengok background dekat belakang tu

Ok ok gambar kamu pun ada~

Muka puas hati even sejuk mula menjelma

Encik Sulaiman & tunangnya Cik Dilda


Saya lebih tertarik dengan background di belakang itu wahai sahabat. ngee

Haaaa..tu antara gambar time on the way to Mesilau Homestay. Mana mau sampai awal kalau stoopppp aja kerja. Hehe tapi semuanya berbaloi-baloi~ Kami selamat sampai di Pekan Ranau menjelang senja kemudian singgah gerai-gerai di tepi jalan untuk membeli bahan-bahan masakan untuk makan malam. Well,kami ada chef kehormat untuk prepare dinner,jadi semuanya lengkap zup zap gitu. Kan Cik Sari? Selesai beli itu ini,kami bergerak semula menuju ke Mesilau Homestay (owner rumah sewa sudah balik-balik call & tanya "dekat mana~belum sampai~"). Masa tu sejuk mula datang,kabus mula menebal sekitar pekan Ranau. Normal la untuk kesejukkan kan? Tapi bila tengok kiri kanan,penduduk pekan Ranau rata-rata keluar dengan nornal outfits. Short sleeves shirt,short pants etc.. Yang kami dalam kereta ni bagai henfon tengah vibrate menahan sejuk. (-_-") 

Sekitar 7 p.m kami menjejakkan kaki ke rumah sewa yang memang tip top la orang putih cakap. Rasa excited bila tengok sebelah boleh nampak Gunung Kinabalu HD Version. Unpack semua luggage then tinjau-tinjau keadaan rumah. Sangat berbaloi dapat sewa rumah yang dimiliki oleh keluarga berbangsa Dusun muslim di situ. Kenapa? 
  1. First of all sebab owner dia keluarga muslim.
  2. Harga sewa untuk 2 hari yang saaaangat la berpatutan.
  3. Mempunyai 3 bilik. Sebuah master room with queen size bed,2 buah single room dengan 2 bunk beds in each room.
  4. Ada attic sederhana luas untuk lepak / bercerita / etc..(Cik Sari & Cik Dilda solat di situ..sejuk..)
  5. Ada dapur (yehaaw) dilengkapi dengan fridge.
  6. Bersebelahan dengan dapur ada tempat untuk memanggang / buat bara api.(sambil dengar bunyi waterfall yang ada dekat bawah)
  7. Owhh lupa cakap,2 bathrooms with heater (di mana kaum hawa tidak pandai menggunanya >.<")
  8. Pemandangan yang cantik tidak kira malam atau siang hari. I cakap sama u ~
Itulah secara ringkasnya kenapa saya katakan ianya berbaloi-baloi. Lain kali datang lagi mesti cari rumah ni jugak! 

Lepas saja unpack semua barang,dapur jadi tumpuan. Hohoho it's cooking time yaw~! Segala bahan masakan yang dibeli dari Kudat (jauh sungguh beras tu jalan) semuanya masuk dapur. Giliran kaum hawa menunjukkan kepakaran. Ngeee~ First masak nasi,then saya,Sari dan Dilda sibuk mengerjakan fresh vegetables yang dibeli di pekan Ranau tadi. Cik Sari masak stir fried mixed vegetables okaay ~ my favourite. Malam tu saya jadi tukang assist aja,potong sayur bawang segala. Hehe kan ada chef bertauliah~
Sibuk-sibuk buat tu,kaum Adam pun sibuk jugak dengan sotong & ayam panggang dorang tu haa. Tapi bukan pasal ayam tu laa,sibuk pasal api yang malar padam. At last bagi dorang plastik beras untuk nyalakan api. (.___.)
Alhamdulillah menyala jugaaa apinya.. Sekian lama berperang di dapur akhirnya kami semua dapat makan malam (walaupun agak lewat,perut produce macam-macam bunyi) lepas solat. 

  • Dinner Preparation


Nampak "kabus" tu? Haaa tu la asap panggang memanggang ayam dari sebelah

Cik Sari sedang sibuk masak kari ketam

Owhh sorry for the bad quality. Kepedasan? haha

Geng panggang ayam. Nyum nyum ~

Belah sini kari ketam,belah sana lokan kicap

sebelum kepanggangan :p

apa doh abang Sunny Deol  >.<

omai mixed vegetablessss
Hehe apa lauk malam tu?
  • Kari ketam ( takdak untuk saya T_T )
  • Lokan masak kicap
  • Stir fried mixed vegetables (yang ni my fav)
  • Ayam panggang (85 dari 100 markah heee)
  • Sotong panggang /bakar
  • Homemade sambal dari rumah Dilda
Tuu aja laa resipinya untuk makan malam. Hugs,kisses and special thanks to Cik Sari sebab masak 3 jenis lauk di atas. Love u muah muah ~

  • Aktiviti Selepas Dinner


Siap makan malam,kemas dapur segala,rehat sekejap..then cepat-cepat sarung jacket dan stoking..hehehe hangout dekat pallet depan rumah. Tengah-tengah malam (sekitar 11p.m) duduk dekat luar,story-story dengan Dilda,Sulaiman dan chef kehormat Cik Sari. >.< Suasana masa tu jangan cakap laa,sejuk sampai ke tulang. Tapi rugi sungguh kalau tidak hangout sebab malam tu fullmoon + kabus kurang tebal + nampak Gunung Kinabalu dengan jelas di malam hari. Mula-mula sarung sehelai aja jacket,lama-lama....hahahah ~ siap sarung second jacket yang tebal sikit. Masa tu kabus mula tebal,pun masih berkeras mau stay. Cik Sari apa lagi,marathon lagu-lagu jiwang terusss~masa tu suara sedap / hancuss pun boleh jadi best jugak. :) Disebabkan kabus yang mula menebal (suhu dalam anggaran 18-23 darjah celcius) akhirnya kami masuk rumah balik la jawabnya~ sembang-sembang kejap before masing-masing masuk bilik and  berbungkus dengan selimut tebal + sleeping bag (bukan kaum Adam yang pakai ?)

Antara cerita first day di Mesilau Homestay. Puas hati & InsyaAllah happy >_<
Next day apa pulak? Haaa..kena laa tunggu sambungan..lenguh jari menaip. See yaw in the next part : Geng Backpack part 2. Assalamualaikum w.b.t ~

No comments:

Post a Comment