Thursday, 30 May 2013

Mengapa "Catatan Menuju Kematian"?

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,syukur kepadaNya,setelah agak lama menyimpan niat untuk menulis blog sendiri akhirnya niat itu dapat disempurnakan juga. :') Berkat kesabaran dari tahun 2006 (pada ketika itu masih berumur 17 tahun),penantian itu berbaloi juga.

Puas berfikir,untuk apa saya wujudkan blog ni? Orang lain pun buat blog juga,malah lebih hebat lebih berilmu perisian di dalamnya. Namun dikuatkan semangat,teruskan! Teruskan menulis kerana itulah antara minat yang terpendam sejak dulu lagi. Lalu saya mengambil keputusan untuk memberi tajuk blog ini sebagai CATATAN MENUJU KEMATIAN. Mengapa? Anak buah perempuan yang duduk memerhati di sebelah bertanya,kenapa? Senyum. Pada umurnya yang masih muda agak sukar untuk saya jelaskan mengapa. Pada ruang inilah saya meluahkan segalanya. Mencatat setiap perkara yang berlaku pada saat kita sebagai manusia masih beroleh nikmat Allah yang tidak ternilai harganya iaitu HIDUP.

Nikmat Allah yang selalu kita persiakan,selalu kita lupakan. Bahawasanya kita masih mampu bernafas sehingga ke hari ini dengan izinNya. Lalu dengan itu saya ringkaskan semuanya,biarlah blog ini menjadi tempat perkongsian cerita buat semua sebelum saya kembali padaNya (walau tiada siapa yang membacanya).

Engkau siapa?


Di lahirkan pada 9 Oktober 1990,beribukan seorang wanita yang cukup cekal hatinya ; Mariam,dan berayahkan seorang lelaki yang tegas ; Nurhasan. Alhamdulillah kerana dilengkapkan dengan abang dan kakak yang masing masing punya watak sendiri. Dalam keluarga kecil inilah kami mengharungi susah senang,suka duka kehidupan selama ini. Keluarga tidak besar mana pun,anak saudara baru 5 orang.

Saya boleh dikatakan seorang yang agak hot tempered & sensitif (I am sensitive),sejak kecil. Tapi syukur alhamdulillah,tahun ke tahun sehingga saya meningkat umur ketika ini,sikap itu berjaya dikikis perlahan-lahan. Okay,enough with this formal introduction,geli menaipnya ~ Oh,I'm Sabahan. :D Sekadar memberitahu.


Sebelum post ini dibuat,hati saya sebenarnya sebak membaca sebuah catatan dakwah terakhir seorang muslimah yang telah pergi selamanya. Malahan ini bukan kali pertama saya membaca catatan tersebut. Mungkin ramai yang telah membacanya,tidak kurang juga mengalirkan airmata melihat dakwah yang cuba disampaikan oleh seorang muslimah sejati. Disebabkan itu,saya ingin mengambil kesempatan untuk reblog catatan terakhir tersebut. Kerana saya percaya,lebih ramai yang berbuat demikian,lebih banyak dakwah Islam yang bakal tersebar meluas sekaligus memberi kebaikan buat allahyarhamah di sana kelak. InsyaAllah,saya akan reblog catatan tersebut dalam post seterusnya.

No comments:

Post a Comment